Artikel

RHB : Terdapat Gangguan Rangkaian Membuatkan Pengguna Sukar Menerima OTP Untuk Transaksi

RHB hari ini mengeluarkan peringatan, mengatakan terdapat gangguan sistem rangkaian telekomunikasi, dimana para pelanggan akan mengalami kesulitan untk menerima OTP dalam melakukan transaksi secara atas-talian.

Disebabkan oleh ini, pengguna mungkin sukar menggunakan RHB Internet Banking dan juga RHB Mobile Banking buat sementara waktu.


RHB sedang membaik-pulih perkara ini, dan akan memaklumkan pengguna selepas sistem beroperasi seperti sedia kala.