Artikel

Pengelak Tol Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang Tegas

Individu yang sering mengelak dari membayar tol kelak bakal dikenakan tindakan perundangan yang lebih tegas. 

Kementerian Kerja Raya kini telah mengusulkan satu satu undang-undang jenayah baru dan pindaan baru termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas pengelak tol sebagai persediaan daripada berlakunya ketirisan tol di lebuh raya Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025 kelak. 

Buat pengetahuan umum, tiada sebarang halangan melepasi lorong MLFF – ini memerlukan penguatkuasaan undang-undang untuk elak ketirisan tersebut. 

Langkah mewujudkan sistem pengesanan kenderaan ini juga secara langsung memerlukan sokongan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama persetujuan pemegang konsesi lebuh raya. Maka keperluan undang-undang khas wajar disediakan sebagai langkah awal elak sebarang risiko. 

Setakat ini, mengikut laporan pindaan itu tidak hanya melibatkan satu kementerian sahaja tetapi turut merangkumi beberapa kementerian dan agensi.