Artikel

MITI Jamin Sektor Ekonomi Tidak Akan Ditutup

MITI, Kementerian Antarabangsa dan Industri kini beri jaminan bahawa tidak akan menutup sektor ekonomi negara. 

Ini kerana tindakan tersebut sekadar menjejaskan dan melemahkan pertumbuhan ekonomi ke arah pemulihan khususnya meliputi kesejahteraan warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Selain menitikberatkan status ekonomi negara, MITI juga melihat langkah tersebut akan meningkatkan lagi kadar pengangguran Malaysia. Ini berpotensi mempengaruhi kapasiti pengeluaran dan prestasi operasi perniagaan. 

Buat pengetahuan umum, sepanjang sekatan negara telah berlaku – Malaysia berdepan 826,000 individu kehilangan pekerjaaan.

Menurut laporan Awani – Menteri MITI Datuk Seri Azmin Ali pihaknya kini sedang menggunakan data dan sains sebagai langkah awal untuk mengurangkan risiko pada pertumbuhan negara. 

Meskipun jaminan itu diberi, namun catatan kes positif COVID-19 berterusan memaparkan corak peningkatan. Kini menunjukkan catatan lebih 10,000 kes sehari dalam tempoh 2 hari pada minggu ini.