Sebelum penularan wabak Covid-19, salah satu perkara yang menjadi kebiasaan adalah melepak di kedai atau restoran mamak bersama rakan. Namun, perkara ini mungkin tidak lagi akan diteruskan pada masa akan datang.
Berkongsi mengenainya, Presiden untuk Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (PRESMA), mengatakan restoran mamak 24 jam mungkin menjadi sejarah, disebabkan oleh norma baharu.
Selain norma baharu, ia juga dikatakan restoran mamak menghadapi masalah dalam mendapatkan tenaga kerja – sekaligus membawa kepada had operasi masa sesuatu restoran.
Apa pun, had operasi masa ini masih bergantung kepada pengusaha restoran secara spesifik. Kebanyakkan orang kini tidak lagi lepak pada waktu malam, membuatkan pelbagai kegiatan ekonomi tamat ketika tengah malam. Namun, terdapat kemungkinan yang mana beberapa restoran berhampiran kilang terus beroperasi disebabkan permintaan.