Artikel

Capital A Serap Semula Bekas Pekerja, Melalui AirAsia Grocer

Capital A, syarikat induk AirAsia kini mengatur langkah pemulihan dengan memgambil semula bekas kakitangan mereka di bawah AirAsia Grocer. 

Joanna Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Grocer memaklumkan sekitar dua pertiga petugas pengurusan ketika ini adalah terdiri daripada tenaga kerja penerbangan dan memiliki pelbagai jawatan di dalam segmen AirAsia. 

Tindakan pengambilan ini, tidak hanya membuka kembali peluang pekerjaan tetapi turut memanfaatkan pengalaman yang dimiliki para bekas petugas untuk sektor logistik AirAsia Grocer. 

Seperti yang umum sedia maklum, pada akhir Januari lalu pengenalan Capital A bertujuan untuk memberi fokus kepada strategi perniagaan teras baharu AirAsia sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan bersama portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup.

Setakat ini Capital A memiliki 16 produk serta perkhidmatan untuk para pengguna. Penawaran ini bermatlamat untuk meningkatkan pelbagai akses kepada lebih 700 penduduk di seluruh rantau ini.