Pentadbiran negara ketika ini, telah mencapai kesepakatan dasar untuk membina terowong SMART di kawasan kepadatan penduduk di Shah Alam, untuk menangani isu banjir.
Selain itu, kerajaan bersetuju membangunkan Pusat Ramalan Cuaca Numerikal Kebangsaan termasuklah sistem ramalan dan amaran banjir berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta sistem amaran fasa awal banjir lumpur, sebagai langkah persediaan negara.
Malah kerajaan negeri pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir pada hari ini (4 Februari) turut diberi tanggungjawab untuk mendalamkan, meninggikan benteng dan ban sungai-sungai utama bagi memastikan sistem perparitan kawasan dalam keadaan baik.
Seterusnya sistem siren dan amaran banjir di pusat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga akan dipertingkatkan dan pemantauan kawasan krisis akan dilaksanakan dengan sokongan kamera litar tertutup (CCTV).
Usaha ini secara langsung dapat mengawal kenaikan paras air yang berlaku secara mendadak.
Tidak hanya itu, penambahbaikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga akan menerima kemudahan baharu seperti akses tandas, stor simpanan barangan keperluan serta ruang rehat yang lebih kondusif buat mangsa krisis.