Artikel

BNM Jangka Ekonomi Malaysia Mampu Capai Pertumbuhan Sehingga 6.5%

Aliran ekonomi negara kini dijangka bakal memaparkan perkembangan pertumbuhan dengan mencapai sekitar 5.5% sehingga 6.5% pada tahun ini, 2022.

Sasaran optimis itu menurut Bank Negara Malaysia (BNM) didorong atas sokongan permintaan global bersama peningkatan perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi pada pasaran negara.

Tidak hanya dorongan itu, pemintaan luar yang terus kukuh turut diperlihatkan pada permintaan produk elektrik dan elektronik (E&E) negara oleh rakan perdagangan seperti AS, China, serta ekonomi serantau Asia.

Ini secara langsung meluaskan perolehan hasil, tingkatkan ekosistem pekerjaan dan membawa kepada peningkatkan perbelanjaan isi rumah negara.

Sementara, paras inflasi utama pula dijangka akan kekal sederhana pada tahun ini apabila kesan asas inflasi bahan api mulai reda dan inflasi teras juga kekal sederhana meskipun terdapat ketidaktentuan tekanan pada pasaran buruh serta ekonomi negara.