Artikel

Permintaan Mi Segera Korea Selatan Terus Meningkat, Lebihi AS$670 Juta

Mi segera atau ‘ramyeon’ Korea Selatan kini terus menakluki dunia, termasuklah sumbangan produknya pada pasaran Malaysia. 

Laporan akhir Januari 2022, menunjukkan aliran eksport mi segera Korea Selatan kini mencecah paras rekod tertinggi, lebihi AS$670 juta pada paparan. Peningkatan eksport ini telah melonjak selama 7 tahun berturut-turut. 

Pengeluaran produk ini kekal menerima sokongan pengeluaran daripada beberapa negara ekonomi besar antara China selaku pengeluar utama ramyeon, diikuti Amerika Syarikat (AS), Jepun serta Taiwan. 

Pasaran eksport ini juga turut meliputi pengagihannya pada permintaan Malaysia. Pada tinjauan METS, mi segera Korea Selatan telah menyumbang 16.2% kepada Malaysia daripada jumlah nilai import mi segera pada 2018, dengan nilai import sekitar RM82 juta. Ini lebih tinggi berbanding data 2015, yang sekadar memperlihatkan kenaikan 3.2% sumbangan produk. 

Melihat pada peningkatan rekod eksport terbaharu Korea Selatan, sudah pasti aliran import Malaysia pada permintaan mi segera akan melonjak. Dijangka sekiranya penurunan harga ramyeon dilakukan berdasar paras harga tempatan ini akan meningkatkan lagi potensi permintaan mi segera Korea Selatan di Malaysia.