Artikel

Syarikat R&D Kini Perlu Miliki Status Kelulusan MITI, Mulai Januari 2022

Firma penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara kini perlu memiliki status kelulusan lanjutan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tindakan itu mula berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu.

Pelaksanaan ini menurut MIDA – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, adalah tertakluk di bawah seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (PIA) yang telah dipinda untuk perolehi kelulusan MITI.

Untuk makluman, pada kelulusan RUU Kewangan 2021 telah menggariskan syarikat kontrak R&D, dan syarikat R&D sedia ada yang telah memiliki kelulusan status syarikat R&D sebelum 1 Januari 2022 – perlu memaklukan kepada MIDA dalam tempoh penangguhan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun bagi tindakan kelulusan lanjutan oleh MITI serta MOF.

Secara langsung bagi syarikat kontrak R&D, syarikat R&D yang berhasrat untuk memohon insentif cukai selama 5 tahun perlu memiliki kelulusan tersebut.

Sekiranya gagal mengemukakan dokumen sokongan berhubung aktiviti operasi R&D, firma berpotensi berdepan kehilangan status lanjutan selaku syarikat R&D mahupun syarikat kontrak R&D.