Artikel

Isu Kesilapan Akaun Pengguna – BNM Kini Pantau Rapi Langkah Penyelesaian CIMB

Akhir Januari lalu, negara dikejutkan dengan laporan terdapat 11,000 akaun pelanggan bank CIMB telah dibekukan, rentetan dikaitkan memiliki hutang ribuan ringgit dengan perbankan.

Situasi itu secara langsung telah memberi kesan kepada pengguna, dan menyebabkan mereka kini mengalami kesukaran transaksi serta ketirisan kewangan akibat kesilapan sistem perbankan CIMB.

Susulan perkara tersebut Bank Negara Malaysia (BNM) kini memberi jaminan pemantauan secara rapi terhadap langkah penyelesaian CIMB, sedang dilakukan – bagi memastikan pulangan lebihan amaun yang dikreditkan kepada pengguna dapat dimiliki semula, dan pengguna tidak akan berdepan sebarang bebanan kewangan luar jangka berikutan kesilapan pemprosesan bank tersebut.

Para pelanggan yang terlibat, dimaklumkan untuk segera merujuk kepada perbankan CIMB pada talian 03-22956188 untuk mengelakkan sebarang gangguan akses akaun bank.

Berdasarkan makluman tambahan, terdapat sebilangan pelanggan yang terkesan kini telah mengambil tindakan perundangan – ini kerana situasi tersebut telah menidakkan proses transaksi dan menyebabkan mereka mengalami ketirisan kewangan.