Artikel

Jemaah Umrah Bakal Berdepan Kenaikan Kos Sehingga RM300

Seperti yang umum ketahui, kebenaran menunaikan ibadah umrah negara kini telah dibuka semula – mulai 8 Februari kelak. Namun terdapat pertambahan kos yang dijangka, perlu didepani para jemaah.

Ia merangkumi saranan kerajaan terhadap para jemaah, bagi pengambilan insurans perlindungan kesihatan bernilai sehingga RM300.

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia memaklumkan usul itu dimaklumkan Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. Mengikut laporan Kosmo, aturan itu bertujuan untuk memastikan jaminan kesejahteraan dan keselamatan para jemaah dilindungi ketika menunaikan ibadah tersebut.

Bagaimanapun kenaikkan kos tunai umrah ini masih lagi tidak diwajibkan atau dikuat kuasakan, ia masih dibawah cadangan pihak berkuasa. Akan tetapi, usul itu telah disambut baik oleh semua pihak. Ia tidak sekadar meningkatkan keselamatan jemaah tetapi turut mengurangkan risiko kerugian yang dialami jemaah, sekiranya mereka disahkan jangkiti COVID-19.