Artikel

Bayaran Proses UPUOnline Untuk Kemasukkan IPTA Sesi 2022/23 Dikecualikan

Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan yang mana kerajaan bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline kepada semua pemohon lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi, dan Diploma untuk sesi akademik 2022/2023.

Kebiasaannya, para pelajar perlu membeli UnikID untuk tujuan pendaftaran, tetapi ia kini dikecualikan kerana pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir

Bagi para pelajar, anda boleh lakukan permohonan kemasukkan bermula 4 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022 ini.

Para pelajar boleh melayari laman rasm UPU dalam mendapatkan maklumat lanjut, selain melakukan permohonan untuk memasuki IPTA.