Artikel

PayPal Sasar Bakal Mencapai 750 Juta Akaun Aktif, Menjelang 2025

PayPal, firma gergasi pembayaran atas talian berpusat di Amerika Syarikat (AS) ini menyasarkan bakal mencapai 750 juta akaun aktif menjelang tahun 2025. Jangkaan itu didorong atas sokongan khidmat baharu, antaranya keupayaan berdagang bersama kripto.

Tindakan penyertaan khidmat baharu pada medium ini bertujuan untuk merancakkan kembali urus-niaga PayPal. Setakat ini, firma tersebut memiliki 403 juta pengguna dengan 392 juta pengguna aktif.

Buat pengetahuan umum, syarikat berdepan dengan kesukaran pada pertumbuhan perbelanjaan suku keempat tahun lalu. Di mana pertumbuhan memperlihatkan kejatuhan dan jumlah pembayaran hanya meningkat 23% kepada AS$339.5 bilion sahaja, dalam tempoh 3 bulan terakhir 2021.

Data itu adalah peningkatan terkecil dalam tempoh 2 tahun pertumbuhan PayPal.

Tidak hanya itu pendapatan PayPal turut memperlihatkan peningkatan sederhana sekitar 13% kepada AS$6.9 bilion. Ini mendorong syarikat untuk lebih kreatif dalam mempelbagaikan khidmat operasi bersama aset digital.

Selain pengguna diberi pilihan membeli dan berdagang bersama kripto, PayPal turut menyertakan akaun simpanan hasil tinggi kepada pengguna. Ia secara langsung memberi kelebihan pulangan pengguna sehingga lebih 20 kali ganda daripada purata nilai simpanan sesebuah negara.

Maka untuk mencapai matlamat tersebut, PayPal kini merancang meningkatkan perbelanjaan pada segmen pemasaran untuk meningkatkan penyertaan pengguna dalam khidmat baharu.