Artikel

Genting SkyWorlds Akan Dibuka 8 Februari Ini – Tiket Berharga RM189

Genting Malaysia kini telah bersedia untuk bawakan pembukaan taman tema Genting SkyWorlds mulai 8 Februari ini.

Menurut Lee Thiam Kit Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Genting Malaysia – jualan tiket taman tema ini akan mula dibuka tempahan pada 4 Februari ini. Orang awam boleh mendapati jualan tiket tersebut pada pautan Genting SkyWorlds atau melalui aplikasi Genting SkryWorlds bermula jam 10 pagi.

Lebih menarik, pembukaan tersebut turut menawarkan 20% diskaun tiket kepada para pengguna. Penawaran itu dilaporkan akan berlanjutan sehingga 31 Mac 2022 kelak.

Ini senarai harga tiket penuh kemasukan;

  • Harga tiket standard – RM189
  • Harga tiket kanak-kanak (ketinggian 90cm-110cm), warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) – RM161
  • Harga tiket kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm – percuma

Selepas potongan 20%;

  • Harga tiket standard – RM151
  • Harga tiket kanak-kanak (ketinggian 90cm-110cm), warga emas dan orang kelaninan upaya (OKU) – RM128

Selain potongan harga tiket, Genting turut memanfaatkan penerapan teknologi pada landskap taman tema. Di mana pada aplikasi, ia membenarkan pengguna untuk menerokai dan melawat taman tema secara masa-nyata terlebih dahulu, sebagai langkah persediaan merancang perjalanan hiburan mereka.

Adanya pembukaan taman tema yang bernilai lebih AS$800 juta ini, ia turut berpotensi merancakkan semula sektor ekonomi dan pelancongan Malaysia bersama Pahang.

Ini tidak hanya menguntungkan pertumbuhan negara. tetapi turut memberi kelebihan kepada pasaran peluang pekerjaan masyarakat tempatan.