Artikel

FamilyMart, Touch ‘n Go Atur Kerjasama Perkenal FamiDelivery

Touch ‘n Go eWallet bersama FamilyMart kini mengatur kerjasama memperkenalkan khidmat FamiDelivery kepada pengguna.

Melalui aturan ekosistem pembayaran bersepadu ini, ia akan meningkatkan kecekapan penawaran operasi serta memberi tawaran yang baik kepada pengalaman pembelian pengguna dari aspek kemudahan serta pemintaan barangan runcit secara penghantaran.

Tidak hanya itu, pengguna juga boleh menyemak serta mengimbas katalog FamiDelivery menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet bagi pembelian makanan, makanan segera, makanan cepat saji, minuman, pencuci mulut serta barangan jualan lain.

Seiring dengan perayaan Tahun Baru Cina bermula esok (1 Februari), bagi setiap pesanan yang melebihi nilai RM30 akan menerima penghantaran secara percuma. Untuk tambahan, pengguna juga boleh nikmati diskaun sehingga 60% mulai 26 Januari sehingga 22 Mac bagi pembelian set oden, sandwich dan beberapa produk makanan lain.

Sebarang maklumat lanjut, boleh  memuat-turun aplikasi TNG eWallet dan layari pautan FamilyMart untuk perincian seterusnya.