Artikel

Nestlé Dalam Usaha Hapuskan Penyertaan Buruh Kanak-Kanak, Pada Rantaian Bekalan

Nestlé, pengeluar produk makanan gegasi dunia kini sedang menggandakan usahanya pada perbelanjaan industri koko dengan pelaburan mencapai AS$1.41 bilion sehingga 2030, termasuklah pelaksanaan pembayaran secara terus kepada petani koko pada pasaran Afrika. 

Langkah itu selari dengan gagasan mereka untuk menghapuskan penyertaan tenaga buruh kanak-kanak pada rantaian bekalan syarikat dan membuka peluang pendidikan buat mereka.

Permulaan langkah pembayaran secara terus ini dilaporkan akan dimulakan di Ivory Coast dan Ghana iaitu 65% penyumbang pada pengeluaran industri koko dunia.

Menurut tinjauan Universiti Chicago, di Ivory Coast dan Ghana sekitar 1.56 juta kanak-kanak atau 45% daripada isi rumah pertanian kedua kawasan terbabit terlibat pada sumbangan pengeluaran koko.

Maka langkah pemerkasaan Nestle ini bertujuan untuk membantu kumpulan petani meraih keuntungan, faedah dan menutup jurang masa hadapan tenaga kanak-kanak.

Untuk makluman, industri koko seringkali dikaitkan dengan penggunaan buruh kanak-kanak antaranya meliputi pengeluaran di tropika Afrika, Amerika Latin dan Asia. Di mana penuaian dan pemantauan pokok koko sering melibatkan tenaga kecil ini.