Artikel

Anda Akan Dikenakan Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Di ATM Bermula Esok, 1 Februari 2022

Bermula esok, bank akan kembali mengenakan caj sebanyak RM1 untuk tujuan pengeluaran duit melalui ATM.

Sebelum ini, disebabkan PKP, caj berkenaan telah dikecualikan untuk memudahkan pengeluaran menggunakan sebarang ATM tanpa perlu bergerak jauh.

Dengan kembalinya pelbagai operasi seperti biasa, kini caj RM1 dikembalikan oleh bank untuk pengeluaran wang melalui ATM. Namun, seperti biasa, masih terdapat beberapa bank yang memberikan pengecualian caj pengeluaran buat beberapa kali pertama apabila menggunakan mesin ATM bank tersebut sendiri.