Artikel

7-Eleven Jepun Kini Menampilkan Terminal Pembayaran Hologram

7-Eleven, kedai serbaneka milik Jepun seringkali tampil dengan pelbagai kemudahan baharu. Kini ia mula memperkenalkan terminal pembayaran kendiri secara hologram kepada pengguna.

Perkara ini dapat perlihat, pada 28 Januari lalu – apabila 7-Eleven telah menampilkan pandang pertamanya ketika ujian perintis di cawangan fizikal. Ini secara langsung menjadikan kemudahan ‘Digi POS’ sebagai yang pertama diterapkan dalam sistem POS (point of sale)- iaitu segmen jualan.

Sekiranya dilihat pada cawangan Malaysia, sememangnya penggunaan terminal pembayaran kendiri telah mula diperluaskan pada beberapa operasi, akan tetapi kelainan yang dibawa 7-Eleven ini sesuatu yang menarik untuk keperluan pengguna. Ia tidak hanya mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, ia secara terus akan mengurangkan bebanan petugas serta meningkatkan jaminan keselamatan khidmat syarikat.

Bagi peringkat awal, penggunaan kaedah ini masih terhad kepada beberapa produk sahaja dan ia hanya menerima kaedah nirtunai termasuk kad kredit, dompet digital serta kod QR.

Menurut Toshiba Tec, antara kumpulan pembangun – kaedah tersebut akan mula diterapkan di 6 cawangan 7-Eleven di Tokyo, mulai 1 Februari ini.