Artikel

CIMB Kini Bertanyakan Maklumat Pekerjaan Ketika Menggunakan ATM

CIMB kini dilihat mula bertanyakan maklumat berkaitan dengan majikan dan pekerjaan ketika menggunakan perkhidmatan ATM.

Ia tidak diketahui bagaimanakah dan kenapakah pihak CIMB memerlukan data tambahan baharu ini. Perubahan ini dilihat berlaku pada perkhidmatan ATM CIMB sejak daripada bulan ini.

Pengguna diberikan pilihan untuk mengekalkan pekerjaan seperti dalam rekod CIMB sedia ada, ataupun memilih untuk mengubahnya. Sekiranya memilih untuk mengubah, pihak CIMB menyatakan pusat khidmat mereka akan hubungi pengguna dalam tempoh sekitar 2 minggu.