Artikel

Malaysia Hanya Akan Perkenal Dasar Hasil Baharu, Setelah Ekonomi Pulih

Sebarang penerapan atau pengenalan dasar hasil baharu negara, hanya dapat dilakukan setelah ekonomi kembali stabil. Tindakan itu perlu mengambilkira pelbagai faktor pemulihan pertumbuhan.

Pada laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-83, Tengku Zafrul memaklumkan sekiranya terdapat langkah baharu untuk hasil negara – ia akan diketengahkan selepas ekonomi negara pulih.

Buat masa ini, Malaysia terlebih dahulu perlu atasi isu ekonomi yang lebih kritikal seperti inflasi, ketirisan bekalan, kapasiti tenaga sektor, kenaikan kos tenaga dan permintaan pengguna pada pasaran dunia.

Ini kerana isu tersebut membawa kesan yang tinggi terhadap kumpulan B40 dan M40.

Setakat ini sekitar RM31 bilion peruntukan subsidi telah dan sedang dilaksanakan kepada semua pihak di bawah 43 inisiatif pentadbiran untuk mengimbangi bebanan ekonomi semasa.