Susulan berlaku pertindihan cuti hari Wilayah Persekutuan dan cuti Tahun Baru Cina pada 1 Februari ini, Kementerian Sumber Manusia kini menyarankan majikan sektor swasta untuk memberi cuti bergaji kepada pekerja pada 3 Februari ini.
Tindakan ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan pada proviso seksyen 60D(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265) iaitu jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja berikutnya selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti.
Saranan ini hanya tertakluk kepada majikan swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Bagi majikan yang tidakn menyenaraikan perayaan Tahun Baru Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberi hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja.