Artikel

AirAsia Group Kini Secara Rasmi – Dikenali Sebagai Capital A

AirAsia Group Berhad, seperti yang umum ketahui sebelum ini telah memfailkan pertukaran nama kumpulan kepada Capital A Berhad.

Kenyataan itu telah didapati pada pemfailan Bursa, dan ia telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember 2021 lalu.

Tony Fernandes pada sidang media hari ini (28 Januari) memaklumkan tindakan pertukaran nama bertujuan untuk memberi fokus kepada strategi perniagaan teras baharu AirAsia sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan bersama portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup.

Berbekalkan tagar #NowEveryoneCanFly, Tony melihat perluasan empayar tidak hanya perlu tertumpu kepada satu segmen sahaja, tetapi harus dipelbagaikan, kini Capital A memiliki 16 produk serta perkhidmatan untuk para pengguna. Penawaran ini bermatlamat untuk meningkatkan pelbagai akses kepada lebih 700 penduduk di seluruh rantau ini.

Malah Tony turut menegaskan, meskipun Capital A menjadi nama Kumpulan baharu, satu perkara yang tidak berubah ialah nama jenama AirAsia untuk syarikat penerbangan mereka. Ia adalah salah satu jenama terkuat di Asia dan menyediakan platform yang kukuh untuk semua produk dan perkhidmatan di seluruh rantau.