Artikel

Axiata Beli Majoriti Pegangan Link Net, Firma Indonesia – Pada Nilai RM2.55 Bilion

Axiata, konglomerat telekomunikasi negara kini memiliki kepentingan menyeluruh pada pengendali TV berbayar Indonesia serta penyedia internet jalur lebar tetap iaitu PT Link Net Tbk – dengan nilai pembelian mencecah AS$606 juta (RM2.5 bilion).

Perolehan ini telah dicapai di bawah unit Axiata di Indonesia, iaitu XL Axiata dan Axiata Investments. Di mana kesepakatan pembelian ini memperlihatkan Axiata kini memiliki 66.03% kepentingan di dalam Link Net daripada dua pemegang saham utamanya Asia Link Dewa dan PT First Media.

Melalui peralihan majoriti ini, Axiata perlu mencetuskan Tawaran Am Mandatori (Mandatory General Offer atau MGO) untuk memiliki baki 33.97% pegangan Link Net. Langkah ini selari dengan peraturan Indonesia, di bawah Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan. Dijangka pemilikan tersebut dapat dicapai menjelang suku ketiga tahun ini, 2022.

Melalui pemilikan ini, Axiata disasarkan akan menyokong penembusan pasaran jalur lebar Indonesia dengan lebih meluas. Setakat ini, Link Net memiliki sekitar 860,000 pangkalan pengguna dan mepelopori 2.8 juta kediaman di 23 buah bandar, Indonesia.