Artikel

Elon Musk : Robot Tesla Berpotensi Merevolusi Ekonomi Dengan Melakukan Tugasan Manusia

Tesla pada hari ini sedia menawarkan kereta elektrik yang sedia memberikan cabaran kepada pengeluar kenderaan yang lain. Selain daripadanya, syarikat berkenaan turut sedang membangunkan Tesla Bot – iaitu robot berbentuk manusia daripada Tesla.

Ia masih pada peringkat awal, dan prototaipnya dijangka diperlihatkan pada tahun ini.

Elon Musk turut menyasarkan sekiranya Tesla Bot ini berjaya, perniagaannya mungkin lebih besar berbanding perniagaan kenderaan oleh Tesla.

Pada masa yang sama, robot juga dikatakan akan merevolusikan ekonomi, dengan melakukan tugasan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini.

Robot Tesla ini disasar untuk melakukan tugasan berulang yang dikendalikan manusia pada hari ini, selain turut boleh digunakan dalam melakukan tugasan berbahaya.

Tesla sebelum ini telah memperlihatkan robot berkenaan pada tahun lepas dengan sasaran prototaip hadir pada tahun ini.