Artikel

BNM, Bank Indonesia Kini Menguji Jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan

Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Bank Indonesia (BI) kini mula mengatur langkah, melaksanakan fasa ujian untuk jalinan pembayaran QR rentas sempadan bagi kedua buah negara.

Jalinan ini secara terus membuka kemudahan pada pembayaran runcit antara negara – melalui imbasan kod QR DuitNow serta QRIS (Quick Response Code Indonesian Standard) yang akan dipaparkan oleh kumpulan peniaga di premis fizikal dan secara atas talian.

Fasa rintis ini dipantau untuk meneliti kecekapan penggunaan dalam sistem pembayaran runcit. Berdasarkan sasaran, pelancaran secara komersial bakal dicapai pada suku ketiga tahun 2022.

Seperti yang umum ketahui, jalinan ini turut diperluaskan bersama Thailand. BNM menyasarkan pelbagai akses kewangan dapat diterapkan di masa hadapan, antaranya menyokong aktiviti kiriman wang rentas sempadan. Di mana membolehkan pengguna kedua negara melakukan pindahan dana secara masa nyata dengan mudah.