Artikel

Foodpanda Umum Penguasaan Di Lebih 40 Kawasan Baharu – Ingin Terajui Dagangan Pantas

Foodpanda kini mengumumkan penguasaan khidmat mereka di lebih 40 kawasan baharu merangkumi dari Kukup sehingga ke Nabawan dan Lubok China serta Jeram. Langkah peluasan ini secara langsung akan mengukuhkan kedudukan mereka dalam indsutri Q-Commerce, atau dagangan pantas.

Q-Commerce atau ‘Perdagangan Pantas’- Ia meliputi syarikat yang menghantar barangan seperti runcit dalam masa kurang sejam atau sepantas 10 hingga 15 minit. Melalui peluasan ini para pengguna dari kawasan baharu boleh melakukan pesanan makanan serta barangan runcit melalui aplikasi mereka dan bungkusan akan terus dihantar ke kediaman mereka.¬†

Untuk makluman, segmen ini disokong oleh penempatan PandaMart – yang kini tersedia di Lembah Klang, Johor Bahru, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sehingga kini, foodpanda telah beroperasi di lebih 303 kawasan di 14 negeri seluruh Malaysia.

Melalui pemerkasaan ini, foodpanda turut menawarkan diskaun kepada pengguna baharu dengan kod promosi PANDABARU, untuk nikmati diskaun 40% bagi setiap pesanan minimum pada harga RM10.