Artikel

JPJ Sedang Membangunkan Pelan Digital – Berpotensi Kurangkan Kos RFID

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kini sedang mengkaji teknologi baharu berhubung pendaftaran kenderaan seperti pelekat RFID, kod QR serta cip.

Melalui langkah pelan pendigitalan JPJ ini, ia dijangka dapat merendahkan kos pelekat RFID kepada pengguna bagi pembayaran tol secara elektronik di laluan lebuhraya.

Mengikut laporan, Kementerian Pengangkutan melihat usaha ini berupaya membantu pentadbiran dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk melaksanakan aliran bebeas berbilang lorong (MLFF) dijalankan menjelang 2025 kelak.

Untuk makluman umum, di bawah JPJ terdapat 33.1 juta kenderaan berdaftar dicatatkan, ini merangkumi 16.2 juta pemegang lesen memandu serta motosikal di Malaysia.

Sekiranya aturan ini berjaya direalisasi, ia akan memberi kelebihan kepada pengguna dari segi penjimatan kos dan pemantauan menyeluruh dari pihak autoriti.