Express Rail Link (ERL), kini dalam perancangan untuk menambahbaik perkhidmatan mereka bersama pengguna bersempena ulang tahun khidmat selama 20 tahun menjelang April ini.
Sepanjang tempoh tersebut, ERL telah alami pelbagai evolusi pada penawaran khidmatnya. Ini tidak hanya meliputi khidmat tren, tetapi kaedah pembelian tiket, pengenalan aplikasi dan penawaran menarik bersama sokongan Touch ‘n Go, ShopeePay dan Bank Islam.
Susulan penyertaan jenama pada digitalisasi – ERL telah mencatatkan peningkatan yang tinggi pada kaedah nirtunai (tanpa tunai) dengan 39% kenaikan berbanding rekod 5 tahun lalu.
Kini rata-rata pengguna lebih selesa menggunakan nirtunai pada pembelian tiket ERL. Setakat ini, hampir 60% transaksi pembelian tiket adalah secara nirtunai. Perkembangan yang drastik ini sesuatu yang baik buat ERL, penuhi permintaan pengguna dengan akses yang lebih mudah.
Bagi tahun ini, ERL diangka tingkatkan usahamanya bersama pembangun dompet digital, serta platform digital yang lain seperti Jounify di bawah Malaysia Airlines. Ini persediaan untuk pembukaan laluan antarabangsa kelak.