Terdapat empat syarikat negara kini tersenarai dalam Indeks Kesaksamaan Jantina (GEI) Bloomberg 2022, ianya adalah Bursa Malaysia, Digi, Maybank dan Top Glove.
Indeks ini berperanan memantau pasaran tenaga kerja meliputi daya penyertaan tenaga wanita, pengagihan gaji, penerapan budaya, dasar anti gangguan seksual serta faktor tentangan penyertaan wanita.
Berdasarkan pemerhatian, tahun ini terdapat 408 syarikat di dunia yang memiliki kriteria tersebut dan secara puratanya senarai ini menggaji pekerja wanita pada kadar yang lebih tinggi.
Di mana 83% memiliki perancangan untuk meningkatkan kesaksamaan tersebut, sementara 66% telah menjalankan semakan gaji berdasarkan paras global.
Lebih menarik, senarai yang terlibat turut menyediakan kemudahan kepada petugas wanita yang berstatus ibu – bagi memenuhi keperluan bahagian penyusuan mahupun ruang rehat.