Artikel

Boost Catat Pendapatan Dua Kali Ganda – Kini Miliki Lebih 9.6 Juta Pengguna

Boost, syarikat teknologi kewangan Axiata terus alami evolusi dengan mencatatkan peningkatan pada pertumbuhan – kini memiliki lebih 9.6 juta pengguna dengan lebih 438,000 peniaga dalam rangkaian.

Menerusi prestasi yang membrangsangkan, Boost merancang untuk perluaskan segmen ekonomi digitalnya pada pasaran serantau. Ini merangkumi perluasan penyelesaian Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) serta akses B2B kepada warga PKS tempatan.

Lebih menarik, Boost turut akan menumpukan pada pengeluaran kad prabayar fizikal dan digital pada tahun ini. Kerjasama dengan Mastercard itu bakal merancakkan lagi ekosistem dompet digital Boost. Ia susulan lebih 65% transaksi tambah nilai pada dompet digital Boost telah diperlihatkan, ini mendorong pada pemerkasaan aturan tersebut.

Tidak hanya mengekalkan prestasi baik pada pasaran tempatan, Boost pada pasaran Indonesia turut mengekalkan prestasi yang positif. Apabila telah berjaya mencatatkan peningkatan pertumbuhan berganda bagi laporan tahun-ke-tahun dengan pembiayaan lebih IDR 250 bilion setiap bulan.

Bagi fasa seterusnya, Boost melalui kerjasama konsortium antara Axiata dan RHB kelak bakal memperlihatkan gabungan kedua entiti untuk membentuk bank digital. Sekiranya permohonan lesen bank digital berjaya dicapai, langkah ini akan membantu Boost untuk mencapai agenda selaku penggerak fintech pada pasaran Asia Tenggara.