Artikel

Perodua Ingin Kekal Selaku Jenama Mampu Milik – Tidak Akan Naikkan Harga Kereta

Perodua, pengeluar kenderaan tempatan kini menjelaskan tiada sebarang kenaikan harga kereta akan dilaksanakan oleh pihaknya.

Walaupun syarikat berdepan risiko kenaikan kos meliputi bekalan besi yang dijangka akan meningkat, alami pertambahan kos 10% pada suku pertama 2022 ini – Perodua tetap tidak memiliki perancangan ke arah itu.

Malah dilaporkan syarikat Perodua lebih memilih untuk menyerap kos tambahan dan ingin terus kekal tampil sebagai pengeluar kenderaan mampu milik negara.

Setakat ini, Perodua terus meluaskan empayar jenama dengan meningkatkan peruntukan pelaburan sekitar RM1.33 bilion. Ini merangkumi pembangunan infrastruktur, penambahbaikan operasi kilang, R&D serta digitalisasi.