Artikel

Rakyat Malaysia Perlu Tingkatkan Tahap Celik Kewangan – Demi Kesejahteraan Ekonomi

Literasi kewangan sememangnya suatu pendidikan yang wajar diketengahkan pada peringkat awal lagi, khususnya di dalam institusi pendidikan rendah.

Akan tetapi bukanlan generasi muda yang wajar diberi tumpuan utama pada era teknologi ini, namun kumpulan warga emas.

Menurut wakil Bank Pusat Rusia, Tatiana Russinova – pendedahan literasi kewangan digital ini seharusnya melengkapkan pengetahuan yang lebih terperinci ke atas golongan orang tua. Ini kerana, kumpulan ini sering menjadi sasaran lubuk emas penipuan secara atas talian.

Peningkatan jenayah siber kini semakin melonjak, ia dapat diperlhat pada pasaran Malaysia apabila mengalami kerugian sehingga RM380 juta setakat September 2021.

Kenyataan pada sidang MyFintech Week pada hari ini (26 Januari) secara jelas menekankan kesejahteraan kewangan harus dicapai oleh semua pihak, dengan memanfaatkan kelebihan teknologi.

Menerusi penerapan digital – kesedaran berhubung kepentingan pendidikan kewangan akan menjadi lebih mudah untuk difahami oleh setiap peringkat masyarakat. Antaran memerlukan kerjasama dengan penyedia media sosial, pengawal selia keselamatan dan platform pelaburan.

Tatiana turut menegaskan, setiap penyedia kewangan perlu bertanggungjawab akan peranan mereka dalam memasarkan produk kewangan, jika ia tidak diselangi dengan kesedaran kewangan – ini akan membawa risiko kepada para pengguna.