Artikel

Digitalisasi Pacu Perkembangan Kewangan Sosial, Perluas Akses Modal

Kewangan sosial menjadi satu medium yang penting untuk landskap ekonomi negara membantu badan amal mempelbagaikan sumber hasil tunai mereka.

Ini tidak hanya meliputi agihan dana, tetapi turut merangkumi penyediaan modal kepada perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka. Melihat kepentingan itu, penerapan digitalisasi harus diperkasakan pada medium ini untuk mengukuhkan akses pengagihan dana serta modal.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani pada sidang maya MyFintech Week hari ini (26 Julai) meskipun arena kewangan sosial telah memberi impak dan miliki pulangan ekonomi kepada komuniti sosial – tetapi masih terdapat kekangan yang didepani oleh para penyedia.

Antaranya adalah mendekati kumpulan luar bandar. Halangan ini harus memanfaatkan sokongan teknologi digital supaya aliran tunai dapat terus dinikmati oleh semua kumpulan, tanpa sebarang jurang. Ini secara langsung memerlukan sokongan seperti perbankan, penyedia teknologi kewangan serta platform atas talian ekonomi.

Sehingga kini, medium kewangan sosial semakin meluas penawarannya di seluruh dunia dan ia berupaya membantu ekonomi negara mencapai tahap kelestarian pada pengagihan dana.