Seperti yang umum ketahui, pembentangan Bajet 2022 pada akhir Oktober lalu telah menggariskan beberapa perkara – antaranya adalah meluaskan duti eksais iaitu pengenaan cukai gula ke atas produk minuman bergula.
Pengenaan ini akan bermula pada 1 April 2022, dan meliputi pengenaan minuman bergula pracampuran iaitu berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.
Di mana duti eksais 47 sen bagi 100 gram akan dikenakan kepada produk minimuman pracampuran yang memiliki gula lebihi 33,3 gram untuk setiap 100 gram.
Ini secara langsung akan membawa kepada kenaikan harga produk dan bakal mempengaruhi faktor permintaan jualan.
Setakat ini, jenama minuman pracampuran seperti Power Root dijangka akan menurunkan kandungan gulanya kepada paras sebelum cukai, ia secara langsung melibatkan 75% jualan tidak akan meningkatkan harga produknya. Langkah ini bertepatan untuk manfaat pengguna, tetapi syarikat kekal menjangkakan perubahan pada permintaan.
Selain Power Root, antara jenama lain yang turut berdepan risiko pengenaan ini adalah Nestlé, yang dijangka terjejas sekitar 30% sehingga 50% pada operasi.