Artikel

Malaysia Bakal Menguji Identiti Digital Nasional – Menjelang Akhir 2023

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini mula memberi petunjuk awal untuk menguji pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) Malaysia menjelang akhir 2023.

Perkongsian melalui sidang maya MyFintech Week sesi ketiga pada hari ini (26 Januari) menjelaskan perlaksanaan itu akan hadir dengan pelbagai kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk setiap keperluan rasmi dan tidak rasmi pengguna.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian ICT JPN, Laila Abdul Majid terdapat perbezaan pada penerapan IDN dan MyKad. Di mana MyKad adalah kad fizikal yang memaparkan status kewarganegaraan untuk orang awam, sementara IDN pula akan berperanan mengesahkan identiti pengguna dengan lebih terperinci.

Ini bermakna pelaksanaan IDN tidak merangkumi status kewarganegaraan – ia lebih kepada meningkatkan keselamatan identiti pengguna dalam setiap urusan transaksi.

Meskipun masih diperingkat awal, langkah pengenalan IDN dilihat baik untuk ekosistem kewangan negara – khususnya memberi jaminan keselamatan dan hindari penipuan maklumat.

JPN menyasarkan pelaksanaan IDN dijangka dapat dilakukan secara menyeluruh menjelang April 2024, namun ia masih bergantung kepada kelancaran pembangunan.