Artikel

AirAsia X, GEODIS Atur Kerjasama Perluas Kapasiti Kargo – Sasar Tingkatkan Pendapatan Syarikat

AirAsia X kini mengatur langkah bersama GEODIS untuk menyokong kapasiti kargo tambahan serta meningkatkan pendapatan syarikat penerbangan mereka.

GEODIS yang berperanan selaku peneraju pengangkutan dan logistik antarabangsa milik AS, dilihat memiliki keupayaan untuk mendorong operasi AirAsia X ke arah lebih baik. Ini secara terus menampung kerugian AirAsia susulan penerbangan komersianya tidak beroperasi.

Buat pengetahuan umum, perkhidmatan kargo AAX sebelum pandemik COVID-19 adalah mewakili 7% daripada pendapatan syarikat. Maka peluang aturan ini perlu dimanfaatkan untuk mengembalikan perolehan.

AAX menyasarkan di masa hadapan khidmat kargo mereka berpotensi menyumbang sekurang-kurangnya 40% hingga 50% daripada pendapatan syarikat. Untuk langkah itu, usahasama ini adalah aturan awal AAX bersama penyedia logistik antarabangsa.

Pelaksanaan ini akan memberi kelebihan kepada AAX untuk meningkatkan aliran trafik kargo, dan memiliki faedah rangkaian GEODIS meliputi penghantaran ke seluruh Asia Tenggara.

Setakat ini aturan tersebut akan memperlihatkan kelangsungan khidmat pada destinasi Kuala Lumpur, Hong Kong, Chennai, Shanghai serta Sydney.