MIER, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia melihat negara hanya mampu mencapai paras pertumbuhan 6% menjelang tahun 2023.
Sementara tahun ini, pasaran negara masih memaparkan ketidaktentuan dan disasar catat pertumbuhan 5.8%.
Penjelasan pada laporan suku keempat 2021 ini memperincikan walaupun ekonomi negara menunjukkan pemulihan tetapi negara memiliki kelemahan pada asas makroekonomi. Ini merangkumi kos sara hidup yang meningkat, hutang terkumpul kerajaan Persekutuan telah lebihi 64% daripada KDNK nominal iaitu RM969.3 bilion, termasuklah hutang awam yang terus tinggi.
Malah Malaysia juga kini ditakrifkan berdepan kejutan komoditi-mata wang. Di mana walaupun eksport komoditi utama minyak mentah sawit meningkat namun kadar tukaran ringgit yang diukur kadar tukaran efektif nominal masih lemah.
Keseluruhan aspek ini dijangka berlarutan pada tahun ini. Akan tetapi meskipun negara memiliki risiko sedemikian, Malaysia telah berjaya lepasi fasa penurunan iaitu daripada penguncupan yang drastik pada 2020.
Negara disarankan untuk terus menyesuaikan langkah mencapai pemulihan yang lebih seimbang dan stabil menjelang 2030.