Artikel

PLUS Jangka Jumlah Trafik Meningkat 1.6 Juta Kenderaan Sehari – Bermula 28 Januari Ini

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, PLUS Malaysia Berhad kini menjangkakan jumlah trafik yang tinggi dalam tempoh 10 hari bermula 28 Januari sehingga 6 Februari kelak.

PLUS menjangkakan jumlah trafik daripada 1.4 juta kenderaan akan meningkat kepada 1.6 juta kenderaan dalam masa sehari pada tempoh tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang kesesakan, orang awam diminta untuk mengatur perjalanan percutian dengan baik. Untuk orang awam yang akan meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi utara seperti di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak, serta Johor selatan – disarankan memasuki lebuhraya sebelum jam 10.00 pagi.

Sementara orang awam yang keluar ke lokasi yang lebih berhampiran dengan Le,bah Klang dinasihatkan untuk memasuki lebuhraya selepas jam 1.00 tengahari.

Saranan ini bagi memastikan setiap perjalanan awam dapat berjalan dengan lancar tanpa mengugat sebarang aktiviti ekonomi dan kesesakan di pusat hentian rehat di sepanjang lebuhraya. Orang awam juga dinasihatkan sentiasa menyemak baki penggunaan kad Touch ‘n Go mahupun dompet digital RFID TNG sebagai langkah persediaan awal.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi talian PLUSline 1800 88 0000 sekiranya berdepan sebarang kesukaran.