Artikel

Pengeluar Dove, Magnum Kini Tamatkan 1,500 Pekerjaan Pengurusan

Unilever hari ini mendedahkan rancangannya untuk mengurangkan kira-kira 1,500 pekerjaan pengurusan. Ini adalah sebahagian agenda penstrukturan semula firma. 

Langkah ini bertujuan meredakan kebimbangan pemegang saham setelah kumpulan gagal pada pembidaan pengambilalihan. Di mana dilaporkan kini seorang pelabur aktivis telah memiliki kepentingan pada organisasi produk pengguna tersebut.

Ketika ini Unilever memiliki sekitar 149,000 petugas diseluruh dunia. Penstrukturan ini dimaklumkan akan meliputi 5 segmen produk kumpulan iaitu penjagaan diri, kediaman, kecantikan serta pengeluaran makanan bersama aiskrim.

Mengikut laporan, pelabur berpendapat Unilever terlalu menumpukan pada strategi alam sekitar dan sosialnya, ia secara langsung mempengaruhi kepentingan perniagaan terasnya