Artikel

Lapangan Terbang Subang Masih Dibawah MAHB

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kini ditegaskan masih dibawah kuasa pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Maklumat Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) itu menyatakan sebarang penngendalian masih tertakluk kepada MAHB dan tiada perubahan lain. Ini bermakna, sebarang modal perniagaan yang dilaksanakan MAHB adalah berpaksikan kepada persefahaman mereka bersama pentadbiran.

Kenyataan itu telah diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong pada pelancaran syarikat penerbangan baharu, SKS Airways hari ini. Menurutnya tidak wujud sebarang kekeliruan berhubung peralihan Lapangan Subang pada pihak yang lain.

Meskipun begitu, dilaporkan cadangan untuk menswastakan Lapangan Subang masih dalam perbincangan pihak autoriti. Segala maklumat lanjut akan dimaklumakan dari semasa ke semasa.