myTukar, medium jualan kereta dalam talian negara kini membuka 25 buah pusat pameran bersama peruncitan di seluruh Malaysia.
Tidak hanya menampilkan bahagian pameran, platform ini turut melaksanakan sebuah pusat sehenti yang berperanan selaku hab inovasi automotif syarikat. Ini secara langsung memberi kemudahan khidmat kenderaan secara berterusan kepada pengguna, khususnya meliputi proses pemilikan dan penyelenggaraan.
Setakat ini, pusat pameran dan sehenti itu tersedia di lokasi terpilih seperti Kedah, Perak, Sarawak, Sabah, Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang serta beberapa kawasan lain.
Seiring dengan perluasan itu, aliran pertumbuhan myTukar turut memaparkan peningkatan dari aspek jualan kenderaan terpakai – apabila melonjak sehingga 20%. Ini secara terus memberi gambaran, potensi kereta terpakai berupaya berkembang pada tahun ini.
Sehingga kini, myTukar memiliki sokongan operasi bersama lebih 4,000 penjual pada pertumbuhan mereka. Untuk makluman, sebelum ini Carro – pasaran dalam talian automotif Asia Tenggara telah mengumumkan pelaburan mereka sebanyak RM124 juta (AS$30 juta) terhadap myTukar pada September 2019.
Melalui aturan itu, ia membantu myTukar memperkasakan jualan dan mendigitalkan pengedaran kereta terpakai tempatan dengan lebih meluas.