PayPal, syarikat teknologi kewangan multinasional antarabangsa kini menyarankan agar arena dunia untuk sentiasa berinovasi dengan digitalisasi.
Menurut Pengarah Kanan Platform Pematuhan PayPal – Jerry Tso, menggunakan inovasi sebagai inspirasi akan membawa kepada pengukuhan landskap operasi sesebuah syarikat.
Kenyataannya pada MyFintech Week pada hari kedua ini (25 Januari) berkongsikan agenda menjadikan inovasi sebagai sebahagian asas setiap operasi adalah relevan. PayPal sendiri sentiasa menerapkan pertambahan pada akses kewangan digital mereka bersama pengguna.
Untuk makluman antara agenda yang telah diperluaskan PayPal setelah kemunculan pandemik ialah menawarkan khidmat BNPLnya tersendiri, penggunaan kod QR serta pengagihan dana, yang meletakkan syarikat itu sebagai pesaing kuat kepada bank tradisional.
Sehingga kini mereka memiliki sekitar 416 juta pengguna aktif bersama akaun dan mengendalikan sekitar 36,987 transaksi pembayaran bagi setiap minit, sehingga mencapai jumlah pembayaran dalam tempoh 12 bulan sekitar AS$1.2 trilion.