Jika tahun 2019, Malaysia boleh berbangga apabila dunia mengiktiraf negara benar-benar ingin membanteras aktiviti rasuah pada kedudukan ke-51.
Namun kini tidak lagi apabila, Malaysia secara berterusan alami kejatuhan kedudukan pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di mana tahun 2020 di kedudukan ke-57 dan kini tahun data 2021 di kedudukan ke-62.
Jatuh 5 anak tangga dari data tahun sebelumnya.
Berdasarkan makluman badan pemerhati rasuah dunia Transparent International ini lebih 80 buah negara miliki skor di bawah 50. Ini termasuklah Malaysia. Di mana negara memaparkan penurunan kepada 48 skor daripada 100 skor.
Kedudukan ini secara langsung menunjukkan situasi rasuah negara semakin meruncing dan menimbulkan persoalan berhubung tahap integriti yang dikuatkuasakan negara.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini negara telah terlibat dengan isu rasuah berprofil tinggi antaranya 1MDB, SRC International dan beberapa isu baharu yang lain.
Manakala bagi kedudukan negara-negara Asia lain pada tahap rasuah pula adalah Indonesia (96), Thailand (110) dan Vietnam (87).