Artikel

Firma Kewangan Indonesia Dilarang, Beri Galakan Pada Penyertaan Kripto

Otoritas Jasa Keuangan (OJK), atau Autoriti Perkhidmatan Kewangan Indonesia kini memberi amaran kepada firma kewangannya untuk tidak menawarkan atau mengalakkan sebarang jualan aset kripto dalam pasaran.

Tindakan ini kerana nilai aset kripto yang sering alami perubahan drastik dan memiliki risiko kerugian mendadak, telah mencetus kegusaran pasaran. Maka orang awam yang ingin terlibat perlu memahami dinamik aset ini terlebih dahulu. Situasi yang sama turut berlaku seperti di Thailand mahupun Singapura.

Buat pengetahuan umum, aliran dagangan kripto di Indonesia telah melonjak tinggi dengan jumlah transaksi cecah AS$59.83 bilion pada 2021, berbanding tahun lalu sekadar di paras AS$4.179 bilion.

Setakat ini, Indonesia membenarkan penjualan aset kripto pada bursa komoditi dan perdagangan dibawah Kementerian Perdagangan dan Agensi Kawal Selia Dagangan Niaga Hadapan Komoditi sahaja, tidak melibatkan OJK.

Kementerian kini sedang memudahkan penubuhan bursa berasingan untuk aset digital, ang dipanggil Bursa Niaga Hadapan Digital, ia akan dilancarkan pada suku pertama 2021.

Walau bagaimanapun, mata wang kripto masih tidak boleh digunakan secara sah untuk pembayaran di Indonesia.