Kelak orang awam tidak hanya boleh menggunakan Touch ‘n Go sahaja, bahkan akan diberi pilihan untuk menggunakan penyedia pembayaran digital lain.
Ini merangkumi penggunaan kad debit, kad kredit seperti Visa mahupun Mastercard.
Makluman Kementerian Kerja Raya, itu bagaimanapun hanya dapat dilakukan setelah syarikat konsesi lebuh raya bersedia menghubungkan lebih banyak penyedia bayaran tambahan yang lain.
Selain aspek tersebut – tahap kepuasan penggunaan RFID, Identifikasi Frekuensi Radio ini juga akan turut disemak untuk mengetahui kadar keberkesanannya bersama pengguna.
Mengikut laporan FMT itu, pihak autoriti sedang berusaha memastikan kemudahan tersebut menepati permintaan pengguna. Usaha ini turut dipergiatkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memudahkan akses orang awam dan ia secara langsung langkah ini bakal menjadikan TNG tidak lagi kumpulan monopoli pembayaran tersebut.