Artikel

Kuota Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan, Demi Pacu Pemulihan Ekonomi – MEF

MEF, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melihat usul menghentikan sistem kuota khas pengambilan pekerja asing ini sekadar meningkatkan lagi kelemahan keperluan tempatan untuk memulihkan ekonomi negara.

Terutama melibatkan sektor swasta. Bagi memastikan ekonomi negara terus memiliki kapasiti tenaga yang baik, sewajarnya sistem kuota ini diteruskan tanpa mengugat sebarang operasi.

Ketika ini, Malaysia pada daya pemulihan telah alami ketinggalan apabila pasaran Vietnam telah melepasi produktiviti negara, kenyataan itu dikongsikan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada laporan terbaharunya.

Mengikut data IMF pada paparan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia ketika ini duduki posisi ke 6 dalam kalangan negara Asean. Melihat pada situasi tersebut, seharusnya sistem buruh ini tidak ditamatkan bagi memastikan ekonomi negara dapat diseimbangkan semula.