Artikel

Tatkala COVID-19 Ragut Nyawa Individu Setiap 12 Saat – WHO Optimis Krisis Ini Dapat Ditamatkan 2022

WHO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini memaklumkan krisis COVID-19 berupaya ditamatkan pada tahun ini.

Meskipun penularan wabak itu pada pengamatan minggu lalu telah meragut nyawa individu bagi setiap 12 saat, WHO kekal optimis akan sasaran menamatkan krisis ini.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO menegaskan setiap negara perlu bekerja keras dalam mencapai agenda itu. Ini merangkumi agihan vaksin, pengukuhan sistem kesihatan serta langkah melaksana tangani penularan virus ini.

Mengikut laporan AFP,  pihaknya bagaimanapun akui pemerkasaan harus disegerakan. Ini kerana 194 negara anggota WHO tidak mencapai sasaran untuk memiliki 40% rakyat mereka divaksinasi pada akhir 2021 lalu. Sementara penduduk Afrika pula masih terdapat 85% tidak menerima sebarang suntikan vaksin.

Jurang ini perlu segera ditutup oleh semua negara. Buat pengetahuan umum, tinjauan minggu lalu dapati secara purata global 100 kes telah dilaporkan setiap 3 saat dan setiap 12 saat pula virus ini telah meragut 1 nyawa.