Artikel

Airbnb Papar Peningkatan 44% – Kuala Lumpur, Subang Jaya Antara Destinasi Pilihan Malaysia

Selain Kuala Lumpur dan Subang Jaya, destinasi penginapan seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang turut menjadi pilihan pengguna tempatan ketika melayari aplikasi Airbnb negara.

Walaupun Malaysia turut sama menerima kesan penularan varian Omicron, namun permintaan penginapan masih kekal relevan dalam kalangan orang awam dan pengguna antarabangsa.

Ini dapat dibuktikan apabilan Airbnb secara global telah mencatatkan peningkatan pertumbuhan sekitar 44% bagi suku ketiga 2021. Dan aliran pertumbuhan setakat minggu lalu dilihat terus meningkat.

Bagi memperkasakan permintaan, Airbnb turut menawarkan kupon diskaun sekitar 50% kepada pengguna mereka yang tidak dapat mengikuti penginapan susulan perlu jalani kuarantin atau terlibat pada kawasan sekatan. Usaha ini dilakukan susulan pulangan semula pembayaran tidak dapat dilaksanakan oleh pihaknya tetapi pengguna miliki semula sebahagian kos melalui kupon tersebut.

Berbalik kepada pasaran Malaysia, Airbnb melihat pasaran negara memiliki potensi pemulihan yang meluas. Ini didorong agihan vaksinasi yang telah mencecah lebih 90% ke atas kumpulan dewasa dan apa yang menarik garis panduan kesihatan negara masih terus ketat meskipun telah menamatkan aturan perintah kawalan.

Sekaligus memberi jaminan kepada penyedia penginapan untuk terus yakin akan pembukaan ekonomi dan pelancongan domestik Malaysia.