Artikel

Temasek Pertimbang Beli Firma Pengujian Bernilai Hampir AS$7 Bilion

Temasek, syarikat pelaburan Singapura kini dilaporkan dalam pertimbangan untuk memiliki syarikat pengujian milik Bridgepoint Group iaitu firma Element Materials pada nilai hampir AS$7 bilion.

Firma pengujian ini untuk makluman umum berperanan meneliti dan memperakui produk serta bahan yang digunakan dalam sektor minyak dan gas serta aeroangkasa. Ia juga berupaya mengesan sejarah bahan terbabit dalam tempoh hampir 2 dekad dan kini firma ini memiliki sekitar 200 makmal diseluruh dunia.

Meskipun pada laporan Bloomberg memaklumkan tiada maklum-balas daripada kedua pihak pada peralihan itu, namun pelaksanaan tersebut sesuatu yang dapat dijangka. Ini kerana Temasek sememangnya memiliki kepentingan minoriti pada entiti tersebut.