Bank Negara Malaysia hari ini memperkenalkan rangka tindakan lima tahun 2022-2026 untuk sektor kewangan, sekaligus memperlihatkan keutamaan yang akan diberi perhatian dalam lima tahun akan datang.
Melalui pelan yang diterbitkan, ia memperlihatkan akan memberikan fokus terhadap lima perkara, iaitu:
- Membiayai transformasi ekonomi Malaysia
- Meningktakan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan
- Memajukan pendigitalan dalam sektor kewangan
- Meltakakan sistem kewangan pada kedudukan yang memudahkan peralihan secara teratur kepada ekonomi lebih lestari
- Membagunkan kewangan berasaskan nilai melalui kepimpinan dalam kewangan Islam
Pelan Sektor Kewangan ini diterbitkan bersempena dengan MyFintechWeek yang berlangsung minggu ini. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan membaca lanjut berkenaan Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 ini hari ini.